10 Tempat Makan Sedap Di Penang | Seperti yang dijanjikan sebelum ini, nah aku bawakan korang senarai Tempat Makan Sedap Di Penang. Ini mengikut pandangan aku je lah tak tahu la selera korang macam mana kan? By the way, sebenarnya terdapat banyak gilos tempat makan menarik dan sedap di Penang, cuma aku tak sempat explore habis.
Pergi lah banyak kali pun ke Penang mesti tak puas! Thanks to AirAsia sebab bawakan kiteorang ke sini and gain fat like a boss hahahaha. Berikut adalah senarai tempat makan sedap di Penang
1. Kapitan Restaurant
Terletak di Jalan Masjid Keling Georgetown , salah satu keunikan yang mesti korang cuba ke sini. Aku setiap kali datang ke Penang, mesti singgah kesini, kalau tak memang tak lengkap!
Menu cadangan : Naan Milani . Beriani Chicken Milani dan Manggo Lasi
Harga : Berpatutan
Status ; Halal
Landmark : berhadapan Masjid Keling
2. Bali Hai Seafood Market
Dinobatkan sebagai salah satu restoran seafood terbaik di Penang. Pelbagai jenis seafood boleh korang dapatkan disini termasuklah yang eksotik
Menu cadangan ; Chili Crab , Butter Prawn , Ketam Telur Masin
Harga ; Agak Mahal
Status : Pork Free
Landmark : Persiaran Gurney
3. Nasi Kandar Line Clear
Haa kalau mai Penang, tak sah kalau tak pekena Nasi Kandaq depa. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran Nasi Kandar yang terkenal di Malaysia. Cukup dengan ambil ayam goreng, sayur, telur masin dan kuah campur dah cukup rasa dia punya 'Kaw' .
Kalau suka udang yang besar tu silakan lah kalau tak siap sedialah yer duit korang kehkehkeh. Untuk pengetahuan korang Nasi Kandar Line Clear cawangan Kuala Lumpur akan dibuka tidak lama lagi di Kg Baru. Anak mami semua bolehlah lepas ni lepas rindu kat sana
Menu cadangan : Nasi Kandar, Ayam Goreng, Telur masin , sayur campur, kuah campur, Milo Ais
Harga : Sedikit Mahal
Status : Halal
Landmark : Jalan Penang berhampiran Jeruk Pak Ali
4. Roti Bakar Transfer Road
First time makan dekat sini terus jatuh cinta. Port terbaik untuk pekena breakfast !
Menu cadangan : Roti Bakar Telur Goyang , Kuah kari Ayam
Harga : Murah
Status : Halal
Landmark : Tepi jalan,Jalan Transfer
5. Toh Soon Cafe
Uniknya cafe ini ianya terletak di lorong. Nak datang ke sini make sure awal kalau tak kena queue tunggu turn nak duduk
full house weh! |
Menu Cadangan : Roti Bakar Arang , Kopi kaw
Harga : Murah
Status : Pork Free
Landmark : Jalan Campbell
6. Mee Sotong
Dekat Penang ni banyak yang menjual mee sotong. Tapi menurut orang dekat sini, yang terbaik adalah di Padang Kota Lama. Mesti cuba !
Menu Cadangan : Mee Sotong
Harga : Berpatutan
Status : Halal
Landmark : Fort Cornwallis
7. Rojak Pasembor
Haa ini pun sama! Kalau datang ke Penang wajib pekena rojak Pasembor di Famous Pasembor Gurney. Nampak semua menarik, tapi kawal nafsu ye sebab bila dia dah potong boleh makan beramai - ramai. jadi ambil yang berpatutan
Menu Cadangan : Aneka campuran Pasembor
Harga : Berpatutan
Status : Halal
Landmark : Food Court Gurney
8. Restoran Sup Hameed
Menurut orang disini, Restoran Sup Hameed menyediakan best soup in town ! Aku dah rasa memang kaw weh rasa dia. Setiap hidangan sup disediakan bersama roti benggali. Terima kasih Abam Korn sudi bawa jalan - jalan dekat Penang dan perkenalkan restoran ini
Menu Cadangan : Sup daging dan Sup Ayam
Harga : Murah
Status : Halal
Landmark : Jalan Penang berhampiran Sekolah Convent
9. Yeng Keng Cafe
Nama pun syurga makanan, dekat Penang ni banyak gila cafe dan coffee shop yang ada. Pada malam terakhir AABC Penang Takeover sempat jugaklah kiteorang merasa makanan di Yeng Keng Cafe ini yang menyediakan pelbagai masakan baba nyonya dan juga western
Menu Cadangan : Ayam Durian , Lime Lychee Soda
Harga : Sedikit Mahal
Status : Pork Free
Landmark : Lebuh Chulia berhadapan Chulia Mansion
10. Moustache Houze
Salah satu cafe hipster yang terdapat di Georgetown Penang, Dekoratifnya sangat menarik!
Menu Cadangan : Greentea Ice Cube greentea cheese cake
Harga : Agak Mahal
Status : Pork Free
Landmark : Lebuh Campbell
Terlalu banyak sebenarnya tempat makan menarik di Penang ni. Kalau ada rezeki akan aku datang lagi dan update yang terbaru.
untuk follow dan tengok gambar dari blogger lain, korang boleh log in ke Instagram dan cari #AABCPenangTakeOver
No comments:
Post a Comment